Tiga termasuk suami isteri didakwa sokong, miliki bahan Daesh

Tertuduh dikawal ketat selepas didakwa di Mahkamah Seksyen Johor Bahru pada Selasa atas pertuduhan menyokong dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas IS.
Tertuduh dikawal ketat selepas didakwa di Mahkamah Seksyen Johor Bahru pada Selasa atas pertuduhan menyokong dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas IS.
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Tiga individu termasuk sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas lima pertuduhan berasingan menyokong dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh bulan lalu.

Tertuduh, Muhammad Feesol Haron, 35, dan isteri, Suhaini Sarwan, 46, serta Mohd Firdaus Kamal Intdzam, 37, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga mereka kerana kes terbabit di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Muhammad Feesol dan Suhaini didakwa memiliki bahan-bahan berkaitan IS dan perbuatan pengganas dalam telefon bimbit mereka.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Kempas, di sini kira-kira jam 1.10 petang dan 1.15 petang 30 Mei lalu.

Sementara itu, Mohd Firdaus Pula didakwa melakukan kesalahan sama di pekarangan hadapan sebuah kilang di Jalan Perniagaan Setia 6, Taman Perniagaan Setia di sini kira-kira jam 6.15 petang 30 Mei lalu.

Suhaini (tengah) turut berhadapan dua lagi pertuduhan memberi sokongan kepada IS menggunakan dua akaun media sosial Facebook atas nama Suhaini Sarwan dan Enma Kenma.
Suhaini (tengah) turut berhadapan dua lagi pertuduhan memberi sokongan kepada IS menggunakan dua akaun media sosial Facebook atas nama Suhaini Sarwan dan Enma Kenma.

Ketiga-tiga mereka mereka didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah peruntukan sama yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan hendaklah dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan dalam melakukan kesalahan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Suhaini turut berhadapan dua lagi pertuduhan memberi sokongan kepada IS menggunakan dua akaun media sosial Facebook atas nama Suhaini Sarwan dan Enma Kenma.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Bahagian E8, Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman Kuala Lumpur kira-kira 5.50 petang 27 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 40 tahun atau denda dan hendaklah dirampas mana-mana harta yang telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu.

Mahkamah menetapkan 30 Julai depan untuk sebutan semula kes bagi lantikan peguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fakhrurrazzi Ahmad Salim manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. Ketibaan ketiga-tiga tertuduh di Kompleks Mahkamah Johor Bahru pada jam 8.30 pagi dikawal ketat lebih 30 anggota polis bersenjata.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!