Gambar tidak bertudung: Sharifah Rose minta maaf

Sharifah Rose
Sharifah Rose
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang model hijabista yang terpalit dengan kontroversi susulan penularan gambarnya tidak memakai tudung sewaktu bercuti di Phuket, Thailand tampil memberi penjelasan mengenai insiden tersebut hari ini.

Sharifah Rose, 22, melalui laman Twitternya memohon maaf kepada masyarakat khususnya peminatnya di laman sosial atas insiden yang tidak disengajakan itu.

Sharifah yang juga bergelar Instafamous berkata, gambar yang tersebar itu diperoleh daripada 'IG Story' salah seorang rakannya yang turut sama bercuti di pantai peranginan tersebut.

"Dalam 'screenshot' tersebut, saya dilihat tidak memakai hijab. Biar saya jelaskan. Saya pergi ke pantai pada hari tersebut. Ini gambar kami di pantai. Sebagaimana anda dapat lihat. Saya mengenakan pakaian yang sesuai.

Foto Sharifah Rose tidak memakai tudung kini tular di media sosial
Foto Sharifah Rose tidak memakai tudung kini tular di media sosial

"Baju berlengan panjang, seluar panjang dan topi untuk menutup rambut. Topi saya basah, jadi saya pun tanpa berfikir membukanya untuk mengeringkannya. Apa saya tahu sepanjang 10 minit saya melepaskan rambut, IG story itu diambil tanpa pengetahuan saya.

"Ia adalah tempoh 10 minit yang paling bodoh dalam hidup dan saya sedar sekarang bahawa apa jua boleh berlaku dalam jangka 10 minit. Ia satu kesilapan dan saya mempelajarinya," tulisnya.

Dalam pada itu, Sharifah berkata, walaupun gambar itu tersebar tanpa pengetahuannya namun percutian tersebut diketahui oleh ibu bapanya yang telah mendapat keizinan daripada mereka.

Artikel Berkaitan:

"Walaupun tiada alasan untuk apa yang saya lakukan, saya tetap mahu perjelaskan beberapa perkara mengenainya. Dari jauh di dasar hati, saya benar-benar minta maaf kerana telah mengecewakan kalian.

"Saya berharap mana-mana pihak yang mempunyai gambar tersebut supaya memadamkan gambar saya dari laman sosial media masing-masing,"katanya.

Perkongsian Sharifah kini tular di media sosial yang meraih 7,100 ulang kicau dan 15,000 tanda suka.
Perkongsian Sharifah kini tular di media sosial yang meraih 7,100 ulang kicau dan 15,000 tanda suka.

Dalam pada itu, perkongsian Sharifah kini tular di media sosial yang meraih 7,100 ulang kicau dan 15,000 tanda suka.

Rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat atas salah faham yang berlaku sehingga gambar tersebut boleh tersebar namun ada yang mengecam model tersebut malah menyifatkannya sebagai pengajaran Tuhan.

"Bukan tak sokong tetapi nampak sangat dia dekat Thailand pergi bercuti dengan kawan-kawan dia memang tak pakai tudung. Apapun dik jadikanlah benda ini pengajaran buat diri kamu," tulis Rahmahwati di Twitter.

Rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat atas salah faham yang berlaku sehingga gambar tersebut boleh tersebar namun ada yang mengecam model tersebut malah menyifatkannya sebagai pengajaran Tuhan.
Rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat atas salah faham yang berlaku sehingga gambar tersebut boleh tersebar namun ada yang mengecam model tersebut malah menyifatkannya sebagai pengajaran Tuhan.

Terdahulu, gambar Sharifah Rose yang tidak mengenakan tudung sewaktu bercuti bersama rakan-rakannya baru-baru trending di Twitter sejak semalam dan peminat model berkenaan mahukan penjelasan daripadanya.