Usaha pihak serang, remehkan MOTAC bersifat peribadi

King Sing
King Sing
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pihak yang terlibat digesa tidak menggunakan kepentingan peribadi untuk menyerang usaha dilakukan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam mempromosikan pelancongan di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, pihaknya sangat berdedikasi menyiapkan tugasan tanpa lelah supaya usaha berkenaan berhasil.

Bagaimanapun, menurutnya, usaha mereka diserang dan diremehkan secara tidak dapat dijelaskan dan perkara itu sangat dikesali.

“Saya tidak berniat untuk memulakan ‘perang kata-kata’, tetapi mahu mempertahankan pegawai saya.

“Sekiranya terdapat keraguan atau ketidakpuasan terhadap sebarang langkah yang dilaksanakan, sila hubungi saya secara langsung.

“Saya bersedia mengadakan perbincangan yang membina dengan siapa sahaja. Saya tekankan, walaupun saya bersedia menjawab kritikan, jangan anggap sesiapa sahaja boleh menghina pegawai MOTAC,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Ahad.

Baru-baru ini, seorang penulis kolum, John Lo mendakwa kejayaan pelancongan Sabah bukan disebabkan oleh MOTAC, sebaliknya negeri itu banyak terabai sejak tahun 1990-an sehingga kini.

King Sing berkata lagi, peraturan baharu bagi Program Rumah Keduaku (MM2H) mendapat kritikan daripada pelbagai pihak.

Artikel Berkaitan:

Ujar beliau, mungkin peraturan tertentu tidak memihak kepada prospek kewangan segelintir masyarakat yang membawa kepada langkah-langah drastik atau artikel berita yang rumit.

“Saya berharap mereka yang terlibat ini boleh bertanya dengan jujur kepada diri mereka sendiri, adakah kenyataan itu benar untuk kerajaan tempatan atau adakah mereka menimbulkan masalah tanpa sebab?

“Saya menggalakkan rakyat untuk memilih Malaysia sebagai rumah kedua mereka sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan meningkatkan kehidupan rakyat.

“Kami mengalu-alukan kritikan yang membina dari semua sektor, tetapi kami sama sekali tidak akan bertolak ansur dengan penyebaran tuduhan yang tidak berasas,” tegasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!