'Kami tak selesa, warga asing terlalu ramai'

Antara warga asing yang ditahan untuk pemeriksaan dalam operasi di perumahan flat Jalan Sultan Abdul Samad di Bandar Sultan Suleiman pada Ahad.
Antara warga asing yang ditahan untuk pemeriksaan dalam operasi di perumahan flat Jalan Sultan Abdul Samad di Bandar Sultan Suleiman pada Ahad.
A
A
A

KLANG - Penduduk di kawasan perumahan flat Jalan Sultan Abdul Samad di Bandar Sultan Suleiman di sini, berharap operasi yang dijalankan pihak imigresen akan diteruskan lagi bagi membanteras kebanjiran warga asing.

Penduduk yang mahu dikenali sebagai Kamal berkata, kawasan perumahan ini sememangnya dipenuhi dengan warga asing susulan beberapa unit rumah yang dijadikan penempatan mereka.

"Kawasan ini memang ramai warga asing, boleh lihat sendiri sebelum ini pada hari Sabtu dan Ahad atau cuti umum, memang penuh dengan mereka sahaja.

"Warga asing ini tak ganggu penduduk, cuma sikap segelintir mereka ada kalanya mabuk dan tidak mementingkan kebersihan, itu yang buatkan kami tidak selesa," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Penduduk yang mahu dikenali sebagai Ahmad pula berkata, operasi yang menyasarkan warga asing ini sememangnya sentiasa dinantikan penduduk tempatan di kawasan ini.

Antara warga asing yang ditahan untuk pemeriksaan dalam operasi di perumahan flat Jalan Sultan Abdul Samad di Bandar Sultan Suleiman pada Ahad.
Antara warga asing yang ditahan untuk pemeriksaan dalam operasi di perumahan flat Jalan Sultan Abdul Samad di Bandar Sultan Suleiman pada Ahad.

"Memang ada rondaan pihak berkuasa di kawasan ini, tapi kalau boleh kami mahukan satu tindakan yang drastik, macam operasi seperti ini, bagi saya perlu dibuat secara kerap.

"Saya ucapkan terima kasih kepada pihak Imigresen Selangor terutamanya yang jalankan serbuan seperti ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, dia bersama isteri dan dua anaknya sudah menetap di kawasan perumahan ini sejak empat tahun lalu.

"Kalau sebut sahaja kawasan perumahan flat ini memang ramai yang tahu penuh dengan warga asing, kami sebagai orang tempatan pula rasakan seolah macam orang luar.

"Kadang kala nak ajak saudara-mara datang pun rasa segan, saya dah beli rumah ini, nak pindah mana lagi," katanya.

Pada Ahad, Jabatan Imigresen Selangor, Pasukan Gerakan Am (PGA) serta beberapa agensi lain menjalankan serbuan di kawasan perumahan flat berkenaan.

Pemeriksaan dijalankan melibatkan 1,700 warga asing selain pelbagai kesalahan imigresen dikesan melibatkan tinggal lebih masa, tidak mematuhi syarat sah permit dan pelbagai kesalahan lain.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!