Pemandu maut lori terjunam dalam lubang jalan mendap

Keadaan lori dipandu mangsa yang terbabas sebelum terjunam ke dalam lubang jalan mendap di Jalan Kuantan-Segamat, Pekan pada Rabu.
Keadaan lori dipandu mangsa yang terbabas sebelum terjunam ke dalam lubang jalan mendap di Jalan Kuantan-Segamat, Pekan pada Rabu.
A
A
A

PEKAN - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki maut selepas lori dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam lubang jalan mendap berhampiran Jambatan Bailey di Seksyen 102, Kilometer 73, Jalan Kuantan-Segamat di sini pada Rabu.

Dalam nahas pada jam 8.55 malam itu, mangsa, Muhammad Farhan Dagang, 29, beralamat di Kampung Cahaya Baru, Masai, Johor mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, siasatan awal mendapati, lori jenis Hino membawa muatan generator elektrik dipandu mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Segamat menghala ke Pekan.

Anggota bomba dari BBP Chini membantu mengeluarkan mangsa tersepit dalam lori yang terjunam ke dalam lubang jalan mendap di Jalan Kuantan-Segamat, Pekan pada Rabu.
Anggota bomba dari BBP Chini membantu mengeluarkan mangsa tersepit dalam lori yang terjunam ke dalam lubang jalan mendap di Jalan Kuantan-Segamat, Pekan pada Rabu.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi, lori dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan terlanggar penghadang jalan plastik sebelum terjunam masuk ke dalam lubang jalan mendap.

"Hasil siasatan awal mendapati, kemalangan akibat terbabas sendiri dipercayai pemandu tidak menyedari amaran kawasan lencongan jambatan sementara di lokasi itu," katanya.

Mohd Zaidi berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati keadaan jalan berselekoh (lencongan), satu lorong dua hala, garisan tengah kuning sebagai pembahagi jalan, jalan berturap dan terdapat penghadap plastik di kiri dan kanan laluan.

Anggota bomba dari BBP Chini membantu mengeluarkan mangsa tersepit dalam lori yang terjunam ke dalam lubang jalan mendap di Jalan Kuantan-Segamat, Pekan pada Rabu.
Anggota bomba dari BBP Chini membantu mengeluarkan mangsa tersepit dalam lori yang terjunam ke dalam lubang jalan mendap di Jalan Kuantan-Segamat, Pekan pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria barkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chini ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira lapan kilometer dari balai untuk operasi menyelamat.

No Image Caption



Seorang lelaki maut selepas lori dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam lubang jalan mendap berhampiran Jambatan Bailey di Seksyen 102, Kilometer 73, Jalan Kuantan-Segamat di sini pada Rabu.
Seorang lelaki maut selepas lori dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam lubang jalan mendap berhampiran Jambatan Bailey di Seksyen 102, Kilometer 73, Jalan Kuantan-Segamat di sini pada Rabu.

"Ketika tiba di lokasi mendapati sebuah lori terjunam ke dalam lubang dan pemandunya tersepit di dalam kenderaan tersebut.

"Kerja-kerja mengeluarkan mangsa segera dilakukan menggunakan peralatan menyelamat," katanya.

Zulfadli berkata, mayat mangsa berjaya dikeluarkan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!