X

Kindly register in order to view this article
!

Isu peralihan jawatan PM: Berhentilah bercakaran secara terbuka

Lapan pemimpin DAPSY sebelum ini membidas kenyataan dikeluarkan Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkaitan isu peralihan jawatan Perdana Menteri.
A
A

SHAH ALAM - Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengingatkan kesemua parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) supaya tidak bercakaran secara terbuka dalam isu peralihan kuasa Perdana Menteri.

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh 29 pemimpin Armada yang diketuai Timbalan Ketuanya, Mohd Aizad Roslan, mereka berkata, demokrasi yang diamalkan di Malaysia tidak seharusnya digunakan untuk merobek kebersamaan yang telah dibentuk dalam PH.

“Sekiranya Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) tidak pandai untuk mendisiplinkan ahlinya bagi menjaga kesepakatan dan keharmonian ini, kami di pihak Armada juga tidak akan memberikan sebarang jaminan ke atas serangan balas yang akan dilontarkan oleh akar umbi kami.

ARTIKEL BERKAITAN: 8 pemimpin Pemuda Sosialis DAP tegur Syed Saddiq

“Pandangan (Ketua Armada) Syed Saddiq (Syed Abdul Rahman) dalam kenyataannya sebelum ini wajar dihormati sebagai Ketua Pemuda Harapan dan seharusnya kesemua parti komponen perlu mengambil serius atas seruan menumpukan usaha kepada pembinaan semula negara,” kata mereka dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain Mohd Aizad, kenyataan bersama Armada ini turut disokong Ketua Penerangan, Ulya Aqamah Husamudin; Bendahari, Rafiq Hakim Razali; Exco: Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir, Abdul Hannan Khairy, Mohd Fahim Mohd Farid, Azizi Che Sulaiman, Zainal Abidin Shihab, Mahathir Mohd Rais, Mohamad Nadzri Abdullah, Muhammad Bazli Abd Aziz, Danial Syahiran Ho Imran Ho, Mohamad Firdaus Mat Azahar, Mohd Mahadi Mohamad, Amar Pared Mahamud, Nur Ali Nadzwan dan Mohd Faiz Naaman.

Selain itu, Ketua Armada Negeri, Mohd Hafeez Mubin Bun Mohd Salleh (Perak), Syazwan Fahmi Badrul Hisham (Perlis), Muhammad Shameer Mohamed Sulaiman (Pulau Pinang), Akmal Zahin Zainal (Wilayah Persekutuan), Ramlan Meon (Melaka), Mohd Isquzawan Israq (Sabah), Mohd Aziim Mustafa (Negeri Sembilan), Asran Alias (Kelantan), Muhammad Iqmal Nizam Mohd Taufek (Pahang), Mohd Syaiful Irfan Anang (Terengganu), Shaiful Rizal Mohd Salleh (Johor) dan Alexander Anak Fursis (Sarawak) turut menyokong kenyataan tersebut.

Semalam, lapan pemimpin DAPSY mengkritik Syed Saddiq dan beliau perlu membetulkan dahulu sayap parti Bersatu sebelum mencampuri isu parti lain.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!