Arnab bernama Coco dilayan bak raja

Coco dilayan bak raja ketika dalam penerbangan kelas bisnes. - Foto Insider
Coco dilayan bak raja ketika dalam penerbangan kelas bisnes. - Foto Insider
A
A
A

SAN FRANCISCO - Seekor arnab dilayan bak raja ketika menaiki penerbangan United Airlines dari San Fransico ke Kyota, Jepun.

Arnab berusia sembilan tahun bernama Coco itu milik Ketua Pegawai Eksekutif Panalyt Jepun, Ogawa Takako.

Menerusi beberapa foto tular di laman sosial, Coco menikmati kehidupan yang baik dan santai di atas kerusi dalam penerbangan kelas bisnes.

Coco memakai 'boh tie' dilihat menikmati makanan seperti kekacang dan diberi perhatian oleh pramugari.

Menurut Insider, Ogawa membawa bintang kesayangan itu ke Kyoto selepas beliau mengundur diri daripada perkerjaannya di syarikat Google.

“Saya kembali ke Jepun, mengundurkan diri untuk memulai karier baru. Saya tidak boleh meninggalkan Coco di Amerika, jadi saya bawanya juga," kata Ogawa.

Katanya, penerbangan itu bukan kali pertama buat Coco kerana sebelum ini haiwan itu ditempatkan di ruang bagasi ketika pindah ke California tiga tahun lalu.

"Saya bimbang Coco berasa tidak selesa, jadi saya membeli tiket penerbangan kelas bisnes untuknya.

Artikel Berkaitan:

"Lagipun dia sudah tua, jadi pasti mahu tempat lebih selesa," ujarnya.

Beliau berkata, dirinya beruntung kerana kebetulan kerusi di sebelahnya masih kosong sekali gus kru kabin membenarkan Coco berada di sisinya.

"Selama 11 jam penerbangan, Coco kelihatan baik dan tidak membuat kekacauan," katanya.

Berkemungkinan penerbangan itu adalah kali terakhir buat Coco kerana faktor usianya.