Tujuh PATI dicekup ketika mahu pulang beraya

Ahmad Ridhwan
Ahmad Ridhwan
A
A
A

KUALA LANGAT - Hasrat tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk pulang beraya tidak kesampaian apabila ditahan dalam serbuan di kawasan Telok Gadong dekat sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd.Nor@Saleh berkata, tangkapan dijalankan susulan maklumat yang diterima kira-kira jam 1 pagi.

"Bertindak atas maklumat berkenaan, sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) kemudiannya digerakkan ke lokasi itu.

"Pemeriksaan kemudiannya mendapati terdapat dua lelaki dan lima wanita warga asing berumur antara 29 hingga 51 tahun sedang berkumpul serta dalam keadaan mencurigakan," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Katanya, semakan mendapati kesemua individu terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan diri.

"Siasatan dijalankan mendapati kesemua PATI itu mengaku ingin keluar dari negara ini melalui jalan laut.

"Kesemua PATI terbabit kemudiannya ditahan dan direman 14 hari untuk siasatan lanjut," katanya.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/1963.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!