Kalau ada salah laku ambil tindakan, bukan salahkan pihak lain - Dr Akmal

Dr Akmal. Foto Bernama
Dr Akmal. Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan sepatutnya mengambil tindakan terhadap sebarang salah laku yang berlaku berkaitan penyelewengan subsidi diesel dan bukan menyalahkan pihak lain.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh menegaskan, rakyat tidak mempertikaikan tindakan penyelarasan berkenaan tetapi mempersoalkan mekanisme yang berbeza daripada dijanjikan dahulu.

"Apabila kerajaan buat penyelarasan subsidi diesel, apa yang rakyat sangat marah bukanlah soal penyelarasan, tetapi soal janji yang dilemparkan dan perlaksanaan berbeza hari ini.

"Lagi rakyat marah bila salahkan pelbagai pihak menjadi punca penyelarasan subsidi diesel, salahkan nelayan dan salahkan penyeludup.

"Kalau sudah tahu ada salah laku, ambil lah tindakan. Kalau tidak cukup penguat kuasa untuk memantau, tambah lah penguat kuasa, bukan main persepsi ini salah, itu salah tetapi penguatkuasaan tiada," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Ahad.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu menjelaskan, rakyat memahami keperluan tindakan melaksanakan penyelarasan subsidi yang telah bermula awal bulan ini.

Namun ujarnya, tindakan itu seharusnya dilaksanakan secara berperingkat dan bukan mengejut.

"Sudah tentu akan mengakibatkan kejutan ekonomi rakyat. Sebab itu dahulu zaman BN (Barisan Nasional mentadbir kerajaan), penyelarasan subsidi dibuat berperingkat.

Artikel Berkaitan:

"Itu pun dahulu sampai berguling di atas jalan membantah. Kerajaan ada kuasa hari ini tetapi rakyat akan menilai," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
        
Artikel Disyorkan
Nasional

Kerajaan saring individu sampaikan ajaran Islam

Sinar Harian
Play Icon
Nasional

[VIDEO] Kerajaan belum sedia laksana semula GST

Nasional

Purata suhu Semenanjung meningkat - Nik Nazmi