Negeri Sembilan keluar 1,088 permit sembelihan luar

Jalauddin
Jalauddin
A
A
A

SEREMBAN - Sebanyak 1,088 permit sembelihan luar dan Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) bagi ibadah korban dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan tahun ini sempena Aidiladha.

Exco Kanan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, ia membabitkan lebih kurang 2,233 ekor lembu, 488 ekor kambing atau bebiri dan 56 ekor kerbau untuk pelaksanaan ibadah korban.

"Jumlah ini membabitkan tujuh daerah dalam Negeri Sembilan iaitu Seremban, Jelebu, Kuala Pilah, Port Dickson, Rembau, Jempol dan Tampin.

"Selain masjid dan surau, proses penyembelihan bagi penyempurnaan ibadah korban ini turut dijalankan di beberapa lokasi lain seperti tempat awam, kawasan persendirian dan rumah sembelihan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ujarnya, lembu merupakan haiwan ternakan tertinggi yang menjadi pilihan ibadah korban di negeri ini, iaitu mencecah 80 peratus daripada keseluruhan haiwan ternakan yang digunakan sebagai haiwan korban.

"Selebihnya adalah kambing atau bebiri sebanyak 18 peratus dan kerbau sebanyak dua peratus sahaja," katanya.

Beliau yang juga Exco Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup Negeri Sembilan turut mengingatkan semua penganjur ibadah korban di setiap peringkat agar dapat mematuhi peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan: