JPJ kesan dua pemandu bas ekspres positif dadah

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan bercakap kepada media selepas melakukan pemeriksaan pada sekatan jalan raya Ops Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) di sekitar Kota Bharu. Foto Bernama
Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan bercakap kepada media selepas melakukan pemeriksaan pada sekatan jalan raya Ops Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) di sekitar Kota Bharu. Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan dua pemandu bas ekspres terlibat penyalahgunaan dadah ketika Ops Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) pada 13 dan 14 Jun lalu.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, kedua-dua mereka yang berusia 41 dan 61 tahun ditahan di Perlis dan Negeri Sembilan sebelum perjalanan bermula.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati pemandu berkenaan positif dadah methampethamine dan ganja.

"Pemandu berusia 42 tahun ditahan di stesen bas di Perlis manakala pemandu berusia 61 tahun ditahan di Seremban, Negeri Sembilan. Kedua-dua mereka akan memandu ke Kuala Lumpur," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memantau Ops Khas Motosikal Bersepadu Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2024 pada Sabtu.

Muhammad Kifli memberitahu, pihaknya akan memanggil syarikat pengendali bas dan laporan siasatan lengkap akan dikemukakan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk tindakan mengikut Akta 715.

Tambah beliau, JPJ juga akan menggantung lesen pemandu berkenaan mengikut Seksyen 36 Akta 333 selepas pengesahan lanjutan diperoleh daripada AADK.

Sementara itu, dalam operasi di Kelantan pada Isnin, Muhammad Kifli berkata, seramai 100 penguat kuasa terlibat dalam empat sekatan jalan raya di sekitar Kota Bharu.

Artikel Berkaitan:

Beliau memberitahu, pihaknya memfokuskan kesalahan lesen memandu, perlindungan insurans, penggunaan topi keledar dan tiada cermin sisi.

"Sebanyak 102 notis saman membabitkan pelbagai kesalahan (dikeluarkan). Sebanyak 24 kenderaan disita iaitu 22 motosikal dan dua kereta," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!