Dakwaan rasuah: Amanah Pahang cabar Sanusi lapor segera SPRM

Mohd Fadzli. Laporan Sinar Harian.
Mohd Fadzli. Laporan Sinar Harian.
A
A
A

KUANTAN - Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang mencabar agar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor supaya segera membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kegiatan salahlaku di Kedah.

Pengerusinya, Mohd Fadzli Mohd Ramly berkata, partinya memandang serius kenyataan yang Menteri Besar Kedah berhubung perkara terbabit.

"Kita sekali lagi cabar Sanusi supaya melaporkan salahlaku rasuah di Kedah dan kegagalan berbuat demikian, SPRM boleh mengheret mereka yang menyembunyikan kegiatan salah ke muka pengadilan," katanya pada Ahad.

Pada Khamis lalu, Muhammad Sanusi dilaporkan bersedia menyahut cabaran Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli supaya membuat laporan berhubung dakwaannya konon berlaku rasuah melibatkan ahli PKR dan DAP hingga menjejaskan rancangan pembangunan negeri.

Bagaimanapun, tegas beliau, laporan kepada SPRM hanya akan dilakukan apabila tiba masanya nanti.

Mohd Fadzli menjelaskan perbuatan menyembunyikan kesalahan rasuah adalah satu kesalahan yang serius.

"Sangat tidak bertanggungjawab sebagai seorang pemimpin untuk tidak melaporkan sebagai jenayah rasuah sekiranya beliau mempunyai maklumat berkaitan.

"Laporan perlu dibuat oleh mereka yang tidak melaporkan aktiviti rasuah melibatkan pihak yang mengambil atau menerima boleh didakwa mengikut Seksyen 25 Akta SPRM," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau menambah, tindakan tidak bertanggungjawab menyembunyikan pesalah rasuah juga sangat bertentangan dengan prinsip Islam yang menekan soal integriti dan pencegahan kemungkaran.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!