Biawak bersaiz komodo ditemui di Bangkok

Dua ekor biawak bersaiz 1.5 meter ditemui dalam paip di Bangkok. - Agensi
Dua ekor biawak bersaiz 1.5 meter ditemui dalam paip di Bangkok. - Agensi
A
A
A

BANGKOK - Video dua ekor biawak bersaiz hampir menyamai komodo dewasa ditemui merangkak dalam paip kumbahan di Bangkok, tular di media sosial sehingga mencetuskan kebimbangan keselamatan orang awam di ibu negara Thailand itu.

Video pertama muncul di TikTok pada 27 Mei lalu yang menyaksikan dua biawak itu masing-masing berukuran 1.5 meter panjang sedang memanjat memasuki saluran paip berhampiran sungai di tengah-tengah Bangkok.

Dalam rakaman video itu, kelihatan seekor biawak sudah memasukkan separuh badan ke dalam paip, manakala seekor lagi sedang menunggu giliran di tepi sungai.

Video itu diambil pengguna TikTiok Mylittledaisyy telah ditonton lebih 4 juta kali dan kemudian disiarkan semula oleh pemuzik Darrell Craig Harris pada 12 Jun lalu.

Penemuan reptilia seperti biawak atau adalah perkara biasa di Bangkok di mana kebiasaannya ia ditemui secara berkumpulan berhampiran sungai di sekitar ibu negara itu.

Reptilia dikatakan gemar memburu tikus, ular dan katak serta memakan sisa makanan atau bangkai yang bersembunyi atau keluar dari paip kumbahan berhampiran sungai dan parit. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!