Mydin buka cawangan ke-69 di Pantai Dalam

Fahmi (tiga dari kiri) memotong riben sebagai simbolik pembukaan Mydin Mart Pantai Dalam.
Fahmi (tiga dari kiri) memotong riben sebagai simbolik pembukaan Mydin Mart Pantai Dalam.
A
A
A

PEMBORONG dan peruncitan halal terbesar tempatan, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) membuka cawangan ke-69 iaitu Mydin Mart Pantai Dalam di sini pada Sabtu.

Pelancarannya disempurnakan oleh Menteri Komunikasi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.

Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, Mydin Mart merupakan format kedai serbaneka setingkat dengan keluasan keseluruhan 4,617 kaki persegi.

Keadaan bahagian barangan basah dipenuhi pengunjung sempena pembukaan Mydin Mart Pantai Dalam.
Keadaan bahagian barangan basah dipenuhi pengunjung sempena pembukaan Mydin Mart Pantai Dalam.

Menurutnya, cawangan kedai serbaneka menggunakan konsep itu merupakan cawangan ke-11 daripada 69 cawangan keseluruhan.

"Pembukaan cawangan ini dijangka memberi kemudahan dan pengalaman beli-belah dengan pilihan barangan keperluan harian dengan harga kompetitif.

"Kedai ini menawarkan lebih dari 3,500 unit simpanan stok (SKUs) termasuk barangan segar seperti sayuran, ikan dan buah-buahan serta barangan keperluan harian," katanya pada majlis perasmian kedai serbaneka tersebut.

Mi kuning keluaran Muslim ditawarkan dengan harga 10 sen sempena pembukaan Mydin Mart Pantai Dalam pada Sabtu.
Mi kuning keluaran Muslim ditawarkan dengan harga 10 sen sempena pembukaan Mydin Mart Pantai Dalam pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Sempena pembukaan cawangan tersebut, Ameer berkata, pihaknya menawarkan harga promosi antaranya mi kuning jenama Muslim dijual dengan harga 10 sen sepeket dan oren Valencia, 20 sen sebiji.

Selain itu katanya, Mydin bakal menawarkan ikan cencaru RM4.90 dan bawang besar RM1.99 sekilogram pada 21 Jun hingga 23 Jun ini.

Pada majlis sama beliau memaklumkan, Mydin turut menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada 50 keluarga kurang berkemampuan di Lembah Pantai.

"Kami menerusi inisiatif Mydin Prihatin telah menjalin kerjasama dengan pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai bagi mengenal pasti golongan penerima yang memerlukan.

"Mydin Prihatin merupakan kerjasama bersama pembekal menyediakan tabung yang wang terkumpul digunakan untuk program sosial dan kebajikan seperti bakul makanan ini," katanya.

Sementara itu, Fahmi berkata, pembukaan Mydin Mart disambut baik oleh warga Lembah Pantai yang sering mendambakan produk termasuk makanan dengan harga berpatutan.

Fahmi (kiri) beramah mesra dengan pelanggan Mydin Mart Pantai Dalam pada Sabtu.
Fahmi (kiri) beramah mesra dengan pelanggan Mydin Mart Pantai Dalam pada Sabtu.

Pada majlis itu, beliau turut mengingatkan peniaga lain untuk tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan susulan penyasaran subsidi diesel dilakukan kerajaan.

"Tiada keperluan kenaikan harga barang dilakukan disebabkan subsidi diesel bagi sektor logistik iaitu pengangkutan yang menghantar barangan masih diteruskan.

"Syarikat masih menikmati harga diesel RM2.15 seliter dan tiada peningkatan harga kepada peniaga," katanya.

Ujarnya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan terus membuat pemantauan dan sebarang kenaikan harga perlu diberikan penjelasan jelas oleh peniaga supaya tidak berlaku aktiviti pencatutan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!