Agong berkenan masyhur Masjid Sultan Ibrahim

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Jumaat berkenan berangkat tiba pada majlis Pemasyhuran Masjid Sultan Ibrahim dan Solat Jumaat di Masjid Nur Jannatul Bahri dekat Tanjung Bidara. Foto Bernama

A
A
A

ALOR GAJAH - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Jumaat berkenan berangkat ke Majlis Pemasyhuran Masjid Sultan Ibrahim di Kampung Ayer Hitam Pantai, Tanjung Bidara di sini.

Ketibaan Seri Paduka Baginda disambut dan diiringi kenamaan utama negeri, diketuai Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Rustam dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab rauf Yusoh.

Pada majlis itu, Yang di-Pertuan Agong berkenan menandatangani plak perasmian pemasyhuran Masjid Sultan Ibrahim di pekarangan masjid berkenaan.

Sultan Ibrahim juga berkenan mengurniakan cek bakul makanan Yayasan Sultan Ibrahim Johor kepada Ab Rauf disusuli bacaan doa oleh Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil.

Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima mengadap Ahli-ahli Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Yang di-Pertuan Agong kemudiannya menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 1,000 jemaah di masjid berkenaan yang diimamkan oleh Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!