Budak 4 tahun dipukul guru tadika, polis nafi lengahkan siasatan

Seorang kanak-kanak lelaki berusia cedera dipukul guru wanita di sebuah tadika di Pandamaran. Foto hiasan
Seorang kanak-kanak lelaki berusia cedera dipukul guru wanita di sebuah tadika di Pandamaran. Foto hiasan
A
A
A

KLANG - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera dipukul seorang guru wanita di sebuah tadika di Pandamaran baru-baru ini.

Kejadian tersebut diketahui bapa mangsa selepas menerima gambar anaknya yang cedera di bahagian pipi dan belakang badan kira-kira jam 12.21 tengah hari pada 13 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, hasil siasatan mendapati mangsa yang sedang mengikuti pembelajaran dalam kelas telah membuang air besar di dalam seluar sebelum seorang guru tadika berusia 25 tahun kemudiannya telah menyuruh mangsa ke bilik air.

Katanya, bagaimanapun kanak-kanak tersebut enggan bangun dari kerusinya sebelum dipukul di bahagian pipinya oleh guru tadika.

"Hasil pemeriksaan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang mendapati mangsa mengalami kecederaan 'soft tissue injury' di bahagian pipi," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, berikutan itu polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Kata Hoong Fong, pihaknya telah mendapat arahan pertuduhan pada Rabu daripada Timbalan Pendakwa Raya dan akan dituduh Mahkamah Majistret Klang mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Hoong Fong menafikan pihaknya melengahkan proses siasatan dan pengumpulan bukti berhubung kes tersebut seperti dilaporkan sebuah portal tempatan.

Artikel Berkaitan:

Tegas beliau, dalam sesuatu penyiasatan polis memerlukan masa untuk melengkapkan semua keterangan dan menganalisa barang bukti yang diperoleh.

"Selain itu, sekiranya kes tersebut melibatkan seorang kanak-kanak adalah perlu melalui satu proses rakaman percakapan di Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) mengikut temu janji yang ditetapkan.

"Tindakan-tindakan ini perlu dilengkapkan sebelum kertas siasatan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!