7 daripada 10 rakyat berpandangan negara alami kemelesetan ekonomi - Ipsos

Tujuh daripada 10 rakyat berpandangan Malaysia sedang mengalami kemelesetan, namun anggapan tersebut tidak sepadan dengan realiti pertumbuhan ekonomi semasa.
Tujuh daripada 10 rakyat berpandangan Malaysia sedang mengalami kemelesetan, namun anggapan tersebut tidak sepadan dengan realiti pertumbuhan ekonomi semasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Tujuh daripada 10 rakyat berpandangan Malaysia sedang mengalami kemelesetan, namun anggapan tersebut tidak sepadan dengan realiti pertumbuhan ekonomi semasa.

Menurut tinjauan inflasi Malaysia yang dijalankan Firma Penyelidikan Pasaran Ipsos Sdn Bhd (Ipsos), satu pertiga daripada rakyat Malaysia berpandangan krisis kos sara hidup negara lebih teruk berbanding negara-negara lain, walaupun inflasi pada suku pertama 2024 adalah 1.7 peratus.

“Sebanyak 32 peratus rakyat berpandangan krisis kos sara hidup di negara ini lebih teruk berbanding negara jiran, manakala selebihnya percaya bahawa ekonomi meleset,” katanya.

Tinjauan berkenaan dilaksanakan menggunakan kaedah temu bual dengan lebih 500 orang berumur 18 tahun ke atas, 24,801 rakyat dalam talian di bawah umur 75 tahun di 33 negara pada 22 Mac hingga 5 April 2024.

Sementara itu, Ipsos turut memaklumkan bahawa dua daripada 10 rakyat Malaysia berpandangan hidup mereka adalah baik iaitu kurang separuh daripada jumlah warganegara Singapura dan Indonesia.

Tambahnya, fakta tersebut perlu difahami dengan pandangan mengenai pengalaman berkaitan kos sara hidup.

“Rakyat Singapura, Indonesia dan Thailand lebih berkemungkinan tinggi untuk berpandangan bahawa kos sara hidup mereka memberikan kehidupan yang lebih baik,” jelasnya.

Bagaimanapun, kira-kira 45 peratus rakyat Malaysia berpendapat bahawa inflasi tersebut akan kembali normal sehingga 2025, manakala warganegara Indonesia pula yang lebih optimistik dengan jangka waktu berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!