'Jari adik ALLAH simpan di syurga kan mummy?'

Muhammad Syauqi Mateen kini berusia 40 hari. (Kanan: Tangkap layar hantaran Amira di TikTok mengenai perkongsian mengenai Muhammad Syauqi Mateen.)
Muhammad Syauqi Mateen kini berusia 40 hari. (Kanan: Tangkap layar hantaran Amira di TikTok mengenai perkongsian mengenai Muhammad Syauqi Mateen.)
A
A
A

SHAH ALAM - Luluh hati seorang ibu apabila mengetahui bayi dalam kandungannya disahkan mengalami 'missing finger' pada tangan kanan.

Perkara itu diketahui ketika kandungannya berusia 27 minggu sewaktu melakukan imbasan ultrabunyi.

Menurut Amira Bongsu, 30, dia dan suami terkilan sebaik mengetahui perkara itu namun mereka kekal positif dan berharap paparan skrin yang ditunjukkan adalah tidak benar.

"Sebelum ini ketika mengandungkan tiga orang kakaknya, saya tidak pernah buat imbasan kandungan. Entah bagaimana perasaan saya kuat sangat untuk lakukannya... seolah-olah ALLAH SWT nak tunjuk sesuatu.

"Memang sangat terkejut masa itu tetapi saya dan suami fikir positif serta berdoa semoga ada keajaiban yang berlaku," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Menurut Amira, perkara pertama yang menjadi tumpuan setelah melahirkan Muhammad Syauqi Mateen adalah tangan kanan anak bongsu daripada empat beradik itu.

Amira memaklumkan, tiada apa yang hendak dimalukan dengan kekurangan yang dimiliki anaknya kerana ia merupakan amanah daripada ALLAH SWT.
Amira memaklumkan, tiada apa yang hendak dimalukan dengan kekurangan yang dimiliki anaknya kerana ia merupakan amanah daripada ALLAH SWT.

Dia mengakui bahawa air matanya mengalir sebaik sahaja melihat keadaan tersebut kerana mengagumi ciptaan ALLAH.

Artikel Berkaitan:

"Masa itu... tidak terkata. Hanya air mata yang mengalir laju. Alhamdulillah lahir sahaja Muhammad Syauqi Mateen, saya terus maklumkan kepada keluarga mengenai keadaannya.

"Mereka semua banyak memberi sokongan dan sentiasa positif sampaikan anak kedua saya Shasha Maisarah, 5, cakap 'jari adik ALLAH SWT simpan disyurga, kan mummy' dan hanya ALLAH SWT sahaja tahu perasaan saya ketika itu," jelasnya.

Dalam pada itu Amira memaklumkan, tiada apa yang hendak dimalukan dengan kekurangan yang dimiliki kerana ia merupakan amanah daripada ALLAH SWT.

Ujarnya, ibu bapa yang turut mengalami situasi sama perlu sentiasa tabah dan mengabaikan perkara atau percakapan negatif orang sekeliling.

"Apa pun keadaan anak kita, terimalah dengan hati yang terbuka kerana ia terlahir dari rahim kita. Abaikan kata-kata kurang menyenangkan kerana anak perlukan sokongan kita sebagai ibu dan ayah.

"Istimewanya kita sebagai penjaga ahli syurga dan betapa istimewanya kita menjadi orang yang diharapkan ALLAH SWT untuk menjaga amanah-Nya," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!