Sidang akhbar Faisal Halim esok

Faisal akan muncul buat pertama kali dalam satu sidang akhbar esok selepas menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei lalu.
Faisal akan muncul buat pertama kali dalam satu sidang akhbar esok selepas menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei lalu.
A
A
A

BINTANG Selangor FC, Faisal Halim akan muncul buat pertama kali dalam satu sidang akhbar selepas menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei lalu.

Sidang akhbar itu dijadualkan berlangsung jam 2 petang Khamis menerusi satu jemputan daripada kelab Selangor FC kepada media sebentar tadi.

Kemunculan Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey sudah tentu dinantikan oleh semua rakyat Malaysia yang turut mendoakan kesembuhan pemain lincah itu selepas insiden tersebut.

Sebelum ini, Sukan Sinar melaporkan Faisal menjadi mangsa simbahan asid yang berlaku di sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya menyebabkan dia mengalami kelecuran tahap empat.

Pemain sayap kebangsaan itu juga perlu menjalani empat pembedahan untuk merawat luka kelecurannya itu sebelum dibenarkan keluar dari hospital pada 25 Mei lalu.

Selepas itu, Faisal menjalani proses pemulihan di lokasi dirahsiakan selain kawalan ketat bagi memastikan keselamatannya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!