Mungkin PM sebelum ini 'penakut' - Tun M

Tun M ketika sidang akhbar di pejabatnya pada Rabu.
Tun M ketika sidang akhbar di pejabatnya pada Rabu.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Tun Dr Mahathir Mohamad secara sinisnya berkata, semua Perdana Menteri sebelum ini bersikap 'penakut' kerana tidak melaksanakan penyasaran subsidi sewaktu memegang tampuk pemerintahan kerajaan Persekutuan.

Jelasnya, kenaikan yang tinggi secara mendadak selepas subsidi ditarik balik oleh Kerajaan Madani akan menekan rakyat terutamanya golongan miskin.

"Itu kata Anwar (tiada tekad politik). Mungkin mereka (Perdana Menteri sebelum ini) penakut, tetapi prihatin terhadap nasib rakyat," katanya ketika sidang akhbar di pejabatnya di sini pada Rabu.



Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa penyasaran subsidi dipersetujui oleh semua Perdana Menteri sebelum ini namun ia tidak dapat dilaksanakan kerana tiada tekad politik.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan pelaksanaan subsidi bersasar untuk diesel bermula 10 Jun sebagai langkah pembaharuan utama di bawah rangka kerja Ekonomi Madani.

Harga diesel di stesen minyak di Semenanjung Malaysia diapungkan dan mengikut harga pasaran pada masa ini adalah RM3.35 seliter.

Artikel Berkaitan:


Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilapor berkata untuk tempoh seterusnya harga diesel akan diumumkan setiap minggu mengikut amalan semasa Kementerian Kewangan, dan kerajaan akan terus memantau keadaan bagi mengelak ketidakstabilan harga.

Penyasaran itu hanya melibatkan Semenanjung dan tidak dilaksanakan di Sabah dan Sarawak.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!