41 klinik daif siap dibaik pulih sepenuhnya - Lukanisman

Lukanisman ketika mengadakan lawatan di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan pada Selasa.
Lukanisman ketika mengadakan lawatan di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan pada Selasa.
A
A
A

KUANTAN - Sebanyak 41 daripada 403 klinik di seluruh negara yang dikategorikan sebagai daif telah siap dibaik pulih sepenuhnya menerusi inisiatif Bitara Madani tahun ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, baki 326 klinik dalam peringkat pelaksanaan manakala 36 lagi masih belum dimulakan kerja-kerja menaiktaraf.

"Projek yang belum mula itu sudah dalam proses tender, ada yang sudah menerimanya, tapi (mereka) belum melaksanakannya lagi dan kebanyakannya adalah projek-projek kecil seperti gantian penuh termasuk roboh serta bina baharu.

"Kita sudah selaraskan di seluruh negara dan ia dalam proses pelaksanaan," katanya ketika mengadakan sidang akhbar selepas mengadakan lawatan di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan dekat sini pada Selasa.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Rusdi Abd Rahman.

Dalam pada itu, Lukanisman berkata, kesemua 403 projek menaiktaraf serta roboh dan bina baharu akan disiapkan selewat-lewatnya pada November tahun ini menerusi peruntukan keseluruhan sebanyak RM150 juta.

Jelasnya, sebanyak 393 projek dilaksanakan sendiri oleh KKM manakala 10 projek dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Kita telah menetapkan kepada semua pengarah negeri agar projek tahun ini, kita akan siapkan untuk tahun semasa berbanding tahun lalu kerana peruntukan datang agak lewat iaitu sekitar Februari.

Artikel Berkaitan:

"Tapi tahun ini peruntukan datang seperti biasa, jadi semua projek perlu disiapkan mengikut masa iaitu pada November dan Disember," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!