PDRM umum pertukaran 28 pegawai kanan

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman antara yang terbabit dalam pertukaran ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman antara yang terbabit dalam pertukaran ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 28 pegawai kanannya berkuat kuasa 8 Julai ini.

Setiausaha PDRM, Deputi Komisioner (DCP) Alzafny Ahmad dalam kenyataan memaklumkan pertukaran itu antaranya melibatkan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris akan menjawat jawatan yang ditinggalkan Mohd Yusri dengan memangku pangkat Komisioner Polis (CP).

Senior Asisten Komisioner (SAC) Modenisasi Pengurusan Organisasi Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman, SAC Zulkafli Sariaat pula dilantik Timbalan Ketua Polis Perak dengan memangku pangkat DCP.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asistan Komisioner (ACP) Mohd Zaid Hassan dilantik ke jawatan Ketua Jabatan Pengurusan Selangor dengan memangku pangkat SAC.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh pula dilantik Ketua Penolong Pengarah Pasukan Khas Siasatan Bersepadu Urus Setia Pejabat KPN dengan memangku pangkat SAC.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (D4) Risikan/Operasi/Rekod Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!