Kenaikan harga diesel, gelombang baharu ‘wabak’ inflasi

Kenaikan harga diesel dibimbangi menjadi pencetus gelombang baharu inflasi. Gambar hiasan
Kenaikan harga diesel dibimbangi menjadi pencetus gelombang baharu inflasi. Gambar hiasan
A
A
A

SEBELUM pilihan raya, dijanjikan turun harga minyak. Selepas pilihan raya, rakyat disajikan dengan kenaikan harga minyak.

Hari ini pengguna diesel mula mengeluh. Esok lusa pengguna petrol pula akan berpeluh.

Kenaikan harga diesel adalah pencetus gelombang baharu penularan 'wabak’ inflasi pada era ekonomi Madani. Rakyat akan terus terbeban dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang tinggi, walaupun dilengkapi pangkalan data PADU (Sistem Pangkalan Data Utama) dan Budi Madani.

Inflasi 'tolakan-kos', impak kenaikan diesel bukan kepada pemiliknya sahaja, tetapi kepada setiap barangan dan perkhidmatan yang dibawanya. Walaupun sektor pertanian dan logistik diberikan perlindungan di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0, penguatkuasaan tetap penting bagi mengawal harga dan keuntungan.

Hilang sudah segala formula dan janji. Inilah falasi realiti ekonomi Madani.

Ternyata PMX dan Kerajaan #Kakistokrasi ini gagal untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat. Hakikatnya rakyat tidak bersedia untuk menghadapi situasi pertumbuhan pendapatan yang perlahan berbanding kenaikan harga barang yang melambung tinggi.

Melangkah ke hadapan, angka hutang isi rumah dan pinjaman peribadi perlu diperhati, khuatir perbelanjaan domestik yang memacu ekonomi sebenarnya dipacu oleh keberhutangan rakyat yang tinggi.

Secara kebetulan, harga diesel Semenanjung dinaikkan pada Jun 2024, selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu diadakan pada Mei 2024; diumumkan oleh Menteri Kewangan 2 dengan penuh senyuman.

Artikel Berkaitan:

Besar kemungkinan, kenaikan harga petrol Semenanjung akan menyusul pada September 2024, selepas PRK Sungai Bakap diadakan pada Julai 2024; sebaiknya diumumkan oleh Menteri Ekonomi yang budiman.

Adapun harga diesel dan petrol di Sabah dan Sarawak masih dikecualikan. Secara kebetulan, pilihan raya negeri (PRN) Sabah dan Sarawak akan diadakan pada tahun hadapan. Selepas pilihan raya, bersedialah dengan 1001 kemungkinan.

Syahir Sulaiman merupakan setiausaha politik kepada Presiden Pas.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!