Nahas rombongan guru: Mangsa keempat, Cikgu Dahlia meninggal dunia

Bas yang membawa 39 penumpang termasuk dua pemandu terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi.
Bas yang membawa 39 penumpang termasuk dua pemandu terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi.
A
A
A

ROMPIN - Seorang lagi guru yang terlibat dalam kemalangan bas persiaran dengan sebuah treler di Jalan Kuantan-Segamat di sini awal pagi Ahad meninggal dunia, menjadikan jumlah mangsa maut seramai empat orang setakat ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Nor Azman Yusof ketika dihubungi malam ini.

Beliau memaklumkan mangsa keempat yang meninggal dunia dikenali sebagai Dahlia Ahmad berusia 52 tahun.

"Mangsa meninggal dunia pada jam 9.30 malam ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan,” katanya.

Menurutnya, 10 mangsa kini masih menerima rawatan manakala 25 orang dibenarkan keluar selepas menerima rawatan pesakit luar.

Guru berkenaan merupakan mangsa keempat maut selepas Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah Melaka, Hasnatul Adilah Hassan, 48; pemandu kedua bas, Hadi Asyraf Mad Idris, 29, dan pembantu operasi sekolah, Hamzah Ahmad, 60.

Dalam nahas jalan raya itu, bas yang membawa 39 penumpang termasuk dua pemandu terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi.

Bas berkenaan dilaporkan dalam perjalanan membawa rombongan guru SK Jeram, Masjid Tanah, Melaka bersama anak mereka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!