Tular penunggang motosikal 'lepak' di susur keluar Tol Gambang

Tangkap layar video tular memaparkan sekumpulan penunggang motosikal yang berada di bahu jalan sebelum susur keluar Tol Gambang di Kuantan pada Jumaat.
Tangkap layar video tular memaparkan sekumpulan penunggang motosikal yang berada di bahu jalan sebelum susur keluar Tol Gambang di Kuantan pada Jumaat.
A
A
A

KUANTAN - Tular beberapa rakaman video yang memaparkan sekumpulan penunggang motosikal yang berada di bahu jalan sebelum susur keluar Tol Gambang di sini pada Jumaat.

Rakaman yang berdurasi 35 saat itu dimuat naik di laman sosial Facebook oleh pengguna Fariq Kadir yang mempersoal tindakannya sama ada betul atau salah memberi isyarat untuk susur keluar di laluan terbabit.

Menerusi rakaman itu, salah seorang penunggang motosikal daripada kumpulan itu telah memberikan isyarat tangan kepada perakam dan juga merupakan pemandu kenderaan berkenaan.

Namun, tidak dapat memastikan apakah maksud sebenar isyarat tersebut.

Hantaran itu mendapat 263 tanda termasuk 21 emoji marah dan 30 lagi perkongsian

Seorang pengguna Muhammad Saifullah Mohamad meninggal komen "geng-geng terpaling konvoi, kena langgar nanti, mula buat video simpati", sambil meletakkan tanda emoji muntah.

Komen itu telah disapa pengguna Che Mohd Redzuan yang mengatakan tidak berlagu Hijaz, (tapi) lagu Exist.

Nik Khairul Anwar pula mahu pemandu kenderaan itu membawa kenderaan lebih besar ketika melalui jalan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Rasanya memang salah abang kot... patutnya abang bawak treler... kasi sapu licin saja budak-budak itu. Takut nanti membiak pula spesies ini," komennya lagi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!