Hanya RM40,000 daripada RM800,000 barang kemas Kieda Crepe dijumpai

Polis hanya menjumpai RM40,000 daripada RM800,000 barangan kemas milik usahawan Kieda Crepe yang didakwa hilang dalam kejadian pecah rumah pada 25 April lalu.
Polis hanya menjumpai RM40,000 daripada RM800,000 barangan kemas milik usahawan Kieda Crepe yang didakwa hilang dalam kejadian pecah rumah pada 25 April lalu.
A
A
A

BUTTERWORTH - Polis hanya menjumpai RM40,000 daripada RM800,000 barangan kemas milik usahawan pencuci mulut, Kieda Crepe, yang didakwa hilang dalam kejadian pecah rumah pada 25 April lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintenden Zulkeflee Sulaiman berkata, suspek dipercayai telah menjual sebahagian barangan kemas tersebut.

Bagaimanapun kata beliau, siasatan masih dijalankan bagi mengesahkan perkara itu.

"Barangan kemas itu dirampas bersama empat suspek yang ditahan di Jalan Duta, Kuala Lumpur pada pagi ini.

"Kita akan siasat untuk mengetahui sama ada barangan kemas itu dijual kepada orang persendirian atau di kedai pajak gadai," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Tambahnya, polis akan memanggil usahawan tersebut untuk membuat pengecaman barang kemas berkenaan.

Pada pagi Rabu, empat individu termasuk dua wanita direman enam hari sehingga 11 Jun ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

Kesemua suspek berusia lingkungan 20 hingga 27 tahun itu ditahan di ibu negara antara jam 9 hingga 10 pagi, Khamis.

Artikel Berkaitan:

Ketika ditahan, polis turut merampas barangan emas bernilai RM40,000 dipercayai milik usahawan tersebut.

Polis juga tidak menolak akan ada lagi beberapa tangkapan untuk membantu siasatan berhubung kes terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang usahawan mengalami kerugian sehingga RM800,000 apabila rumahnya di Kepala Batas telah dipecah masuk penjenayah pada April lalu.

Perkara itu didedahkan oleh Siti Nur Khalieda Yusra iaitu pemilik Kieda Crepe di beberapa platform media sosial miliknya pada malam Ahad lalu selepas 40 hari kejadian berlaku.

Dia yang lebih mesra disapa Kieda berkata, kejadian berlaku pada 25 April lalu, antara jam 8 hingga 11 malam.

Katanya, kejadian tersebut disedari mereka ketika pulang ke rumah selepas selesai berniaga di premis mereka.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!