X

Kindly register in order to view this article
!

Guru duda direman rogol pelajar

Suspek direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini, hari ini selepas dipercayai merogol seorang pelajar tingkatan lima, tahun lalu.
A
A

ALOR GAJAH - Seorang guru berstatus duda yang juga jurulatih bola tampar direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini, hari ini selepas dituduh merogol seorang pelajar Tingkatan Lima, tahun lalu.

Perintah tahanan reman yang bermula hari ini sehingga Isnin depan dikeluarkan oleh Majistret, Nurhasmanita Abdul Manap bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, suspek berusia 42 tahun itu ditahan lebih kurang jam 12.45 pagi tadi di kawasan Batu Berendam selepas mangsa tampil membuat laporan polis pada Rabu lalu dan mendakwa telah dirogol oleh suspek.

Tindakan terkutuk suspek terbongkar setelah mangsa tidak tahan dengan tindakan suspek yang sering mengugut untuk menyebarkan video lucah mereka berdua.

Arshad berkata, remaja yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu mendakwa dicabul dan dirogol jurulatihnya itu pada 27 Mac tahun lalu.

Dalam kejadian tersebut, suspek datang ke rumah untuk menghantarnya ke Alor Gajah bagi perjumpaan pasukan bola tampar sekolah, namun mangsa dibawa ke sebuah chalet di Pengkalan Balak, Masjid Tanah.

Mangsa yang kini bekerja sebagai jurujual bagaimanapun dibawa ke sebuah chalet di Pengkalan Balak, Masjid Tanah sebelum dicabul dan suspek juga telah merogol mangsa pada keesokan harinya di sebuah hotel di Port Dickon, Negeri Sembilan.

Arshad berkata, kejadian itu berlanjutan hingga 29 Mac tahun lalu.

"Dalam tempoh itu, suspek telah menghantar mangsa ke Dewan Bola Tampar Paroi, Negeri Sembilan untuk menyertai kejohanan bola tampar dan selepas kejohanan itu, suspek sekali lagi membawa pengadu balik ke bilik hotel yang sama dan merogol kali kedua," katanya.

Beliau berkata, jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan minimum 10 sebatan.