Saifuddin Nasution lancar Baitul Mahabbah di Bekenu, Sarawak

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail melancarkan Baitul Mahabbah Bekenu di Sarawak pada Khamis.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail melancarkan Baitul Mahabbah Bekenu di Sarawak pada Khamis.
A
A
A

KUCHING - Bekenu, penempatan yang terletak kira-kira 50 kilometer dari bandar raya Miri di utara Sarawak, menjadi lokasi ketiga Baitul Mahabbah atau premis transit untuk pendatang tanpa izin di bawah usia 12 tahun.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang melancarkan Baitul Mahabbah Bekenu hari ini berkata, ia beroperasi sejak Mac lepas dengan kapasiti penghuni 100 kanak-kanak.

"Sehingga kini, sejumlah 62 daripada 239 kanak-kanak warga asing yang ditempatkan di Baitul Mahabbah telah dihantar pulang ke negara asal,” katanya dalam catatan di laman Facebook pada Khamis.

Saifuddin Nasution, yang berada di Sarawak untuk lawatan kerja dua hari, juga berkata, Baitul Mahabbah berfungsi sebagai premis transit kanak-kanak warga asing yang ditangkap dalam serbuan Jabatan Imigresen sebelum dihantar pulang ke negara asal mereka.

"Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan usaha ini khususnya Jabatan Imigresen Malaysia, badan bukan kerajaan dan agensi serta jabatan kerajaan yang lain,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!