PDRM tubuh task force jemaah haji terkandas

Ramli
Ramli
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) telah menubuhkan satu Pasukan Petugas Khas (Task Force) yang berperanan untuk melaksanakan siasatan dan tindakan awal terhadap sebarang aduan berkaitan jemaah haji yang terkandas di Makkah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pasukan ini akan bekerjasama dengan agensi kerajaan yang berkaitan bagi memastikan tindakan selanjutnya diambil berpandukan peruntukan undang-undang tertentu dan sesuai dengan kesalahan yang dikesan.

"Satu laporan polis telah diterima di Negeri Sembilan berkenaan dakwaan terdapat jemaah Haji yang terkandas di Makkah

"Siasatan awal setakat ini mendapati isu dalam kes terbabit adalah menjurus kepada bidang kuasa siasatan Lembaga Tabung Haji," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ramli berkata, bagaimanapun sebagai tindakan proaktif dalam menangani isu sebegini, JSJK menubuhkan Task Force.

"Untuk rekod PDRM, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan Lembaga Tabung Haji, masing-masing mempunyai undang-undang yang berbeza bagi menangani isu sebegini sesuai dengan kesalahan yang berlaku.

"Justeru penubuhan Pasukan Petugas Khas ini adalah bagi memastikan sebarang aduan yang diterima dapat ditangani secara lebih efisien dan berkesan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!