MPV, URB rekod 1,561 tangkapan, kekang jenayah

Hussein semasa Perhimpunan Bulanan di IPK Selangor pada Khamis. - Foto: Polis Selangor
Hussein semasa Perhimpunan Bulanan di IPK Selangor pada Khamis. - Foto: Polis Selangor
A
A
A

SHAH ALAM - Kecekapan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Polis Kontinjen Selangor dibuktikan menerusi tindakan 1,561 tangkapan bagi tempoh empat bulan tahun ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, statistik setakat April itu turut merekodkan 733,447 pemeriksaan terhadap individu dan kenderaan.

"Menerusi statistik tangkapan MPV, sebanyak 1,156 tangkapan telah dibuat di daerah bagi kontinjen Selangor dengan pecahan, jenayah (417 kes), narkotik (236 kes), kesalahan imigresen (3 kes), lain-lain (3 kes) selain pemeriksaan 526,288 terhadap orang awam dan kenderaan.

"Untuk URB pula, seramai 405 tangkapan dibuat membabitkan 115 kes jenayah, narkotik (177 kes), kesalahan imigresen (1 kes) dan lain-lain (1 kes), manakala 207,159 pemeriksaan turut dilakukan kepada orang awam dan kenderaan," katanya dalam ucapan semasa Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada Khamis.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sadikala Devi.

Hussein memeriksa barisan anggotanya semasa Himpunan Bulanan di IPK Selangor pada Khamis. - Foto: Polis Selangor
Hussein memeriksa barisan anggotanya semasa Himpunan Bulanan di IPK Selangor pada Khamis. - Foto: Polis Selangor

Pada himpunan anjuran Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Selangor itu, Hussein berkata, jabatan ini berfungsi pengurangan jenayah sebagai langkah pendekatan proaktif dan bersepadu bagi mencegah jenayah, memperkasakan komuniti, menghapus peluang jenayah dan mengurangkan persepsi masyarakat terhadap isu keselamatan.

Katanya, Bahagian Operasi Darat JPJKK mempunyai tiga elemen iaitu MPV, URB dan dan Unit Polis Pelancong (UPP).

Artikel Berkaitan:

"Sejak 15 Februari lalu, penugasan pemantauan MPV dan URB ini telah dilaksanakan di seluruh Kontinjen Selangor melibatkan pegawai JPJKK, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) selain dibantu oleh Pegawai Penyiasat Kanan daripada sembilan daerah iaitu Shah Alam, Gombak, Ampang Jaya, Kajang, Petaling Jaya, Klang Selatan, Klang Utara, Serdang dan Subang Jaya," ujarnya.

Hussein menyampaikan sijil penghargaan kepada anggotanya yang menunjukkan kecekapan dalam menjalankan tugas. - Foto: Polis Selangor
Hussein menyampaikan sijil penghargaan kepada anggotanya yang menunjukkan kecekapan dalam menjalankan tugas. - Foto: Polis Selangor

Tambah beliau, anggota MPV dan URB di lapangan turut melaksanakan Program Singgah Solat pada waktu Zohor dan Maghrib di masjid-masjid di kawasan rondaan serta Program 'Stop and Talk' dan 'Meet and Greet'.

"Program ini menunjukkan kehadiran polis yang berperanan melaksanakan tugas sebagai 'first responder', pencegahan jenayah serta melaksanakan program community policing.

"Diingatkan kepada semua pegawai dan anggota bahawa kita adalah cerminan Polis Selangor dan persepsi komuniti adalah berdasarkan tindakan dan penyampaian perkhidmatan yang disampaikan," ujarnya.

Pada majlis itu, Hussein telah menyampaikan surat penghargaan kepada 47 orang penerima membabitkan pegawai kanan, pegawai rendah serta kakitangan awam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!