US Coast Guard, Maritim Malaysia bersama banteras jenayah rentas sempadan

Linda mengadakan pertemuan bilateral dengan Saiful Lizan.
Linda mengadakan pertemuan bilateral dengan Saiful Lizan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Commandant of United States Coast Guard (USCG), Admiral Linda Lee Fagan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dalam usaha memperkukuhkan hubungan dan kerjasama melalui penguatkuasaan khususnya bagi membanteras aktiviti jenayah rentas sempadan.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, lawatan Linda bermula Selasa hingga Khamis itu adalah kali pertama selepas beliau dilantik Commandant USCG pada 1 Jun 2022.

"Sempena rangka lawatan rasmi berkenaan, beliau (Linda) bersama delegasi USCG telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta pertemuan bilateral dengan saya.

"Antara intipati perbincangan pada pertemuan itu adalah mengenai kegiatan jenayah di perairan sempadan negara serta status pemberian kapal USCG Cutter kepada Maritim Malaysia yang bakal diterima akhir tahun ini," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Selain kunjungan hormat, pihak USCG juga telah menganjurkan 'Women in Law Enforcement Forum' yang turut melibatkan seorang pegawai kanan Maritim Malaysia iaitu Laksamana Pertama Maritim Zulinda Ramly sebagai salah seorang panel forum yang diadakan di Putrajaya pada Rabu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!