18 pengamal media terima pengiktirafan Agro Bank

Tengku Ahmad Badli Shah (tengah) dan Mustapa (tiga dari kiri) bergambar bersama wakil-wakil agensi media pada Anugerah Media Agrobank 2024 di sebuah hotel hari ini. Foto Bernama
Tengku Ahmad Badli Shah (tengah) dan Mustapa (tiga dari kiri) bergambar bersama wakil-wakil agensi media pada Anugerah Media Agrobank 2024 di sebuah hotel hari ini. Foto Bernama
A
A
A

PETALING JAYA - Agro Bank muncul syarikat perbankan pertama yang mengilhamkan penghargaan kepada institusi media di negara menerusi Anugerah Media Agrobank 2023/2024.

Sebanyak enam kategori anugerah dipertandingkan menerusi 130 penyertaan karya yang diterima daripada pelbagai agensi media telah dinilai menerusi kerjasama Malaysian Press Institute (MPI).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah berkata, sebanyak RM200,000 diperuntukkan bagi menjayakan anugerah dan majlis makan malam meraikan pengamal media di sebuah hotel di sini.

Menurutnya, Agro Bank berbesar hati untuk memberi pengiktirafan kepada pengamal media yang telah banyak menerbitkan liputan media yang positif, tepat dan holistik tentang aktiviti pertanian dan keselamatan makanan.

“Seramai 18 penerima anugerah telah menerima hadiah wang tunai dan trofi dengan penjurian telah diselaras dan diteliti oleh pihak MPI,” katanya pada sidang akhbar selepas selesai majlis berkenaan pada malam Rabu.

Turut hadir pada malam anugerah Itu, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Mustapa Omar, ketua-ketua pengarang agensi media dan wartawan.

Jelasnya, anugerah media ini akan diteruskan pada masa akan datang dengan menyediakan hadiah-hadiah yang lebih menarik kepada wartawan yang telah memberikan sokongan kepada Agro Bank.

“Jutaan terima kasih kepada rakan media kerana menghantar karya sebagai bahan penyertaan dan memeriahkan lagi majlis pada malam ini.

Artikel Berkaitan:

“Laporan berita yang disiarkan dapat meningkatkan imej Agro Bank sebagai sebuah institusi kewangan pembangunan yang berperanan penting terutamanya dalam pembangunan sektor pertanian dan keterjaminan makanan," katanya.

Tambahnya lagi, anugerah media itu juga memartabatkan bidang penulisan kewartawanan melalui penyertaan karya berkaitan pertanian, fungsi serta peranan dan insiatif Agro Bank dalam bidang berkenaan.

“Melalui pengiktirafan anugerah ini, pihak Agro Bank berharap rakan-rakan media dapat terus bersemangat untuk mendorong diri untuk memperkasakan bidang kewartawanan serta menghasilkan karya-karya yang berkualiti walau apapun cabaran yang dihadapi,” ujarnya.

Sementara itu Mustapa berkata, penglibatan sektor korporat bersama MPI adalah salah satu kerjasama strategik dalam memperkukuhkan lagi sektor pertanian bagi liputan berita, penulisan rencana di dalam media selain inovasi yang dibekalkan oleh mereka.

“MPI dalam Anugerah Media Agro Bank adalah sebagai penyelaras dari segi penyertaaan dan penjurian,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!