Rasionalisasi subsidi diesel tidak jejas operasi TH Prop

TH Prop yakin dapat terus mempertahankan margin keuntungan kerana pihaknya dan kontraktor dilantik memperoleh diesel tanpa subsidi pada kadar komersial.
TH Prop yakin dapat terus mempertahankan margin keuntungan kerana pihaknya dan kontraktor dilantik memperoleh diesel tanpa subsidi pada kadar komersial.
A
A
A

TH Properties Sdn Bhd (TH Prop) menegaskan bahawa perniagaannya tidak akan terkesan dengan rasionalisasi subsidi diesel yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

TH Prop dalam satu kenyataan berkata, pihaknya yakin dapat terus mempertahankan margin keuntungan kerana TH Prop dan kontraktor dilantik memperoleh diesel tanpa subsidi pada kadar komersial untuk operasi yang tidak dipengaruhi oleh subsidi kerajaan.

“Pendekatan itu mengurangkan pergantungan kepada bahan api bersubsidi dan melindungi syarikat daripada turun naik dalam dasar subsidi.

“TH Prop memuji langkah proaktif kerajaan untuk mengoptimumkan pengagihan subsidi dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang mampan,” kata kenyataan itu pada Selasa.

Sebelum ini media melaporkan, Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan Kabinet bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi diesel membabitkan pengguna di Semenanjung yang dianggar membawa penjimatan sebanyak RM4 bilion setiap tahun kepada kerajaan.

Mengulas lanjut, TH Prop berkata, sebagai sebahagian daripada Lembaga Tabung Haji, pihaknya komited untuk menyokong inisiatif yang meningkatkan pembangunan negara dan yakin mekanisme rasionalisasi itu tidak akan menjejaskan operasi syarikat sebagai pemaju hartanah.

“Syarikat tetap berdedikasi untuk menyokong dasar kerajaan yang memupuk kestabilan dan pertumbuhan ekonomi, mengesahkan komitmennya terhadap matlamat pembangunan negara,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!