[VIDEO] SPRM setuju lanjut tempoh isytihar harta anak Tun M

A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membenarkan tempoh lanjutan pengisytiharan harta dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tanpa mendedahkan tempoh itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, peguam kepada Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mokhzani Mahathir telah berhubung dengan pegawai penyiasat kes mengenai tempoh pengisytiharan itu.

“Kita telah tetapkan tempoh tarikh mereka mula-mula kena isytiharkan, jadi kita sudah bersetuju dengan itu.

“Saya beri lagi penambahan tempoh untuk mereka isytiharkan harta,” katanya selepas Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.

Mirzan dan Mokhzani.
Mirzan dan Mokhzani.

Turut hadir, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM), Azman Adnan.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian sebelum ini melaporkan pada 18 Januari lepas, SPRM meminta kedua-dua anak Dr Mahathir, Mirzan dan Mohkzani, mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada dalam pegangan sama ada di dalam atau di luar negara dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis.

Berikutan itu, 24 Mei lalu, media tempatan melaporkan kedua-dua anak Tun Mahathir memohon lanjutan tempoh pengisytiharan harta walaupun telah diberikan sebelum ini.

Siasatan kes itu dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!