[VIDEO] SPRM belum terima notis isytihar harta dua anak Tun M

A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya belum menerima notis pengisytiharan harta dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya ada berbincang dengan peguam kepada Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mokhzani Mahathir mengenai tempoh pengisytiharan.

“Kalau tak silap saya, masih belum lagi kita terima (notis).

Baru-baru ini, ada perbincangan antara pegawai penyiasat saya dengan pihak peguam untuk undang-undang dari segi tempoh bermula dia perlu isytihar.

“Itu saya serahkan kepada peguam penyiasat saya,” katanya ketika sidang media majlis menandatangi Laporan Penambahbaikan Tatakelola Penyelarasan dan Pengurusan Aset Tenaga Elektrik di Malaysia di di Pusat Konvensyen Leo Moggie, pada Isnin.

Azam
Azam

Pada 26 April media melaporkan, SPRM sekali lagi memberi tempoh lanjutan 30 hari bagi dua anak Mahathir mengisytiharkan harta milik mereka.

Pada 18 Januari lalu, kedua-dua ahli perniagaan itu diberi notis untuk mengisytiharkan harta dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, media turut melaporkan bahawa Mokhzani juga disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!