Dua lelaki didakwa membunuh

Dua lelaki termasuk seorang warga Myanmar didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan pada Rabu atas pertuduhan membunuh seorang lelaki, dua minggu lalu.
Dua lelaki termasuk seorang warga Myanmar didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan pada Rabu atas pertuduhan membunuh seorang lelaki, dua minggu lalu.
A
A
A

KUANTAN - Dua lelaki termasuk seorang warga Myanmar didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan pada Rabu atas pertuduhan membunuh seorang lelaki, dua minggu lalu.

Tertuduh, Ahmad Izhaq Jurid, 42, yang merupakan warga tempatan hanya menangguk faham ketika pertuduhan dibacakan, manakala Mohammad Toyub Muhammad Yusuf, 32, meminta untuk menggunakan khidmat jurubahasa kerana tidak memahami Bahasa Melayu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh berhubung pertuduhan tersebut di hadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka mereka bersama-sama didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap warga Myanmar Jafar Alam Lalu.

Perbuatan terbabit dilakukan di sebuah rumah di Kubang Buaya di sini, jam 6.38 petang pada 15 Mei lalu.

Mereka berdua didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun atau maksimum 40 tahun dan jika tidak dikenakan hukuman mati hendaklah dikenakan tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anuarul Hakim Abdul Muen manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman menetapkan 13 Jun depan untuk sebutan semula kes dan lantikan jurubahasa.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!