MR D.I.Y tawar hadiah bernilai RM20,000

MR D.I.Y menganjurkan pertandingan Lirik MERDEKA dan menawarkan hadiah bernilai RM20,000.
MR D.I.Y menganjurkan pertandingan Lirik MERDEKA dan menawarkan hadiah bernilai RM20,000.
A
A
A

SHAH ALAM - Peruncit perkakas rumah, Kumpulan MR D.I.Y. (M) Berhad (MR D.I.Y.) menjemput individu berbakat untuk mempamerkan kreativiti lirik mereka dalam pertandingan Lirik MERDEKA, bertemakan ‘Bersama Satu Suara’ yang menawarkan hadiah bernilai RM20,000.

MR D.I.Y dalam satu kenyataan memaklumkan, pertandingan Lirik MERDEKA’ MR D.I.Y. menawarkan hadiah tersebut kepada sembilan pemenang.

“Pemenang hadiah utama akan menerima wang tunai RM10,000, pemenang hadiah pertama akan memenangi wang tunai RM5,000 dan pemenang hadiah kedua akan menerima wang tunai RM2,000.

“Enam pemenang hadiah saguhati masing-masing akan menerima wang tunai RM500 setiap seorang,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pertandingan tersebut sedang berlangsung bermula 20 Mei hingga 2 Jun 2024.

Menariknya, MR D.I.Y. telah bekerjasama dengan penyanyi tempatan Jaclyn Victor, Alif Satar, Alif Satar & The Locos, dan Priscilla Abby.

Para selebriti terlibat akan menyanyikan lagu yang menampilkan lirik daripada pemenang utama pertandingan.

Mereka yang berminat untuk mengambil bahagian dalam pertandingan itu hanya perlu mendengar lagu demo di media sosial MR D.I.Y. https://www.facebook.com/mrdiy2u/videos/1220844625954997/,lihat templat dan serahkan penyertaan mereka ke https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdykwEbG2FpIoDCvCvNf62zzPqEMKICMn3XfAZdpFU-Y5beFA/viewform.

Artikel Berkaitan:

Jangan lepaskan peluang untuk menyumbang kepada projek muzik ini dan serlahkan rasa cinta anda kepada negara melalui penulisan lirik.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!