Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Rabu bagaimanapun melonjak berbanding mata wang utama lain susulan pengukuhan indeks dolar. Foto hiasan
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Rabu bagaimanapun melonjak berbanding mata wang utama lain susulan pengukuhan indeks dolar. Foto hiasan
A
A
A

RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar AS pada Rabu bagaimanapun melonjak berbanding mata wang utama lain susulan pengukuhan indeks dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.

Pada 9.01 pagi, ringgit turun kepada 4.6960/6995 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6890/6910 semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, indeks dolar AS meningkat 0.01 peratus kepada 104.606 mata berikutan Indeks Keyakinan Pengguna AS meningkat lebih daripada jangkaan kepada 102 mata pada Mei.

Pada masa yang sama, Presiden Federal Reserve Bank of Minneapolis AS, Neel Kashkari membayangkan bahawa pendirian Rizab Persekutuan (Fed) AS kekal mengehadkan kadar faedah dan kenaikan kadar faedah mungkin akan berlaku.

"Oleh itu, ringgit boleh diniagakan dengan berhati-hati kerana peserta pasaran menunggu tolok inflasi pilihan utama Fed AS pada Jumaat depan,” kata Mohd Afzanizam kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9841/9865 daripada 2.9876/9890 ketika ditutup semalam, menokok berbanding euro kepada 5.0956/0994 daripada 5.1002/1024 semalam dan naik berbanding pound Britain kepada 5.9888/9933 daripada 5.9897/9923 sebelumnya.

Bagaimanapun, unit tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain.

Ringgit jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.4801/4829 daripada 3.4785/4802 ketika ditutup pada Selasa, merosot berbanding baht Thailand kepada 12.8096/8240 daripada 12.7975/8089 semalam dan berkurangan berbanding rupiah Indonesia kepada 291.8/292.2 from 291.3/291.6 sebelumnya namun ia meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.08/8.09 daripada 8.09/8.10 semalam. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!