Wanita maut selepas suntikan besarkan payudara

Wanita maut selepas suntikan besarkan payudara. Foto Agensi
Wanita maut selepas suntikan besarkan payudara. Foto Agensi
A
A
A

SLEMAN - Seorang wanita berusia 27 tahun meninggal dunia selepas dipercayai menjalani suntikan membesarkan payudara yang didakwa dilakukan pakar kecantikan tidak bertauliah di sebuah pusat kecantikan di kawasan Tambakbayan, Depok di sini.

Menurut laporan media tempatan, kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu itu bermula apabila wanita tersebut telah membuat janji temu dengan pemilik pusat kecantikan berkenaan bagi menjalani perawatan.

Setibanya di sana, mangsa dilayan oleh seorang pekerja wanita yang kemudiannya telah menyuntik ‘filler’ ke payudara mangsa.

Tidak lama kemudian, mangsa mengalami pening, muntah dan menggigil kesan daripada suntikan berkenaan.

Panik dengan apa yang berlaku, isteri kepada pemilik pusat kecantikan itu membawa mangsa ke hospital.

Bagaimanapun, mangsa tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia di hospital tersebut.

Susulan itu, keluarga mangsa telah membuat laporan kepada pihak berkuasa dan kini polis berjaya menahan dua orang pelaku yang bakal dikenakan hukuman undang-undang.

"Tertuduh merupakan pemilik pusat kecantikan dan seorang pekerja.

Artikel Berkaitan:

"Kedua-dua tertuduh disiasat di bawah peruntukan Undang-Undang Fasal 197 atau Fasal 198 Jo 106 Undang-Undang Republik Indonesia Nombor 36, Tahun 2009, terkait amalan kefarmasian yang tidak memiliki keahlian," kata Ketua Polis Daerah Depok Barat, Kompol Tri Hartanto. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!