Anugerah projek: Serah siasatan kepada SPRM langkah terbaik

Neow Choo Seong
Neow Choo Seong
A
A
A

SHAH ALAM - Keputusan untuk menyerahkan siasatan kontroversi pemberian projek kepada syarikat Asia Mobility Technologies Sdn Bhd kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah langkah terbaik bagi mengelak persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan.

Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong berkata, kenyataan Perdana Menteri supaya kes berkenaan disiasat SPRM wajar dipuji.

“SPRM, pihak berkuasa kena jalankan tugas dan ini jelas menunjukkan Perdana Menteri amat komited dalam membanteras rasuah, penyelewengan kuasa dan bersungguh memastikan pentadbiran kerajaan bergerak mengikut tatakelola baik tanpa memilih bulu,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Jelasnya, MCA berharap SPRM supaya tidak gentar dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

“MCA akan berdiri teguh bersama SPRM untuk memastikan kes ini melalui proses yang sewajarnya,” katanya.

Choo Seong berkata, kontroversi pemberian projek berkenaan juga ibarat memberi peluru kepada pembangkang untuk menyerang kerajaan.

“Kes ini wajar ditangani dan dijelaskan kepada rakyat dengan segera dan berhemah, demi membuktikan bahawa tiadanya amalan kronisme atau nepotisme bagi mengelak rakyat hilang keyakinan terhadap kerajaan hari ini,” tegasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!