Bas bawa penumpang terbabas, rempuh lima kenderaan

Sebuah bas hilang kawalan serta terbabas sebelum merempuh beberapa buah kenderaan dekat Jalan 3/144a berhampiran Maxim Residence Alam Damai pada Ahad.
Sebuah bas hilang kawalan serta terbabas sebelum merempuh beberapa buah kenderaan dekat Jalan 3/144a berhampiran Maxim Residence Alam Damai pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 31 penumpang berdepan detik cemas apabila bas dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar lima buah kenderaan dekat Jalan 3/144a berhampiran Maxim Residence Alam Damai dekat sini pada Ahad.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintenden Suffian Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian terbabit pada jam 11.55 malam.

"Hasil siasatan, mendapati bas dalam perjalanan dari Pulau Pinang menghala ke lokasi penginapan penumpang di The Residence Condominium, Cheras.

"Ketika menuruni susur di lokasi kejadian, bas yang membawa 11 penumpang lelaki dan 20 penumpang wanita itu dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar beberapa kenderaan lain yang diletakkan di lokasi berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

keadaan bas selepas hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh beberapa buah kenderaan dekat Jalan 3/144a berhampiran Maxim Residence Alam Damai pada Ahad.
keadaan bas selepas hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh beberapa buah kenderaan dekat Jalan 3/144a berhampiran Maxim Residence Alam Damai pada Ahad.

Beliau berkata, kejadian bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan terhadap pemandu dan kesemua penumpang berumur antara 20 hingga 50 tahun itu.

"Kemalangan turut mengakibatkan kabel elektrik terputus dan pihak TNB telah dimaklumkan bagi tindakan selanjutnya.

"Kesemua penumpang dan pemilik kenderaan terlibat dinasihatkan untuk hadir ke balai polis bagi membuat laporan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, siasatan berkaitan kejadian dijalankan di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!