Liga Super: Polis kesan suspek terlibat kekecohan

Tangkap layar video yang tular.
Tangkap layar video yang tular.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kekecohan yang melibatkan penyokong bola sepak di sebuah stadium di Petaling Jaya, selepas tamatnya perlawanan Liga Super, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya telah mengesan dua video tular di media sosial pada 10.15 pagi tadi, mengenai kejadian tersebut yang menyebabkan pintu pagar besi masuk ke tempat duduk penyokong, dirosakkan.

Beliau berkata, satu kertas siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, telah dibuka dan siasatan masih diteruskan untuk mengesan suspek terbabit.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat, diminta tampil untuk membantu siasatan.

"Sebarang maklumat berkenaan kejadian itu boleh disalurkan melalui Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya ditalian 03-79662222,” katanya dalam kenyataan pada Isnin. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!