Pemimpin DAP terlibat dalam siasatan SPRM perlu bercuti

Saw Yee Fung
Saw Yee Fung
A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda MCA mendesak pemimpin DAP yang terlibat dalam pemberian projek kepada syarikat Asia Mobility Technologies Sdn Bhd supaya bercuti daripada tugas rasmi kerajaan sehingga siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai.

Setiausaha Agung Pemuda MCA, Saw Yee Fung berkata, DAP perlu menegakkan standard yang dikenakan kepada kerajaan sebelumnya jika terlibat dengan siasatan SPRM.

Menurutnya, kerajaan negeri Selangor juga perlu memberikan penjelasan berhubung pemberian projek kepada syarikat Asia Mobility Technologies Sdn Bhd jika Ketua Pegawai Eksekutifnya bukan Ramachandran Muniandy.

“Penjelasan daripada Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han mengesahkan bahawa pelantikan tersebut tidak melalui proses tender terbuka.

“Kementerian Pengangkutan yang diketuai oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke turut terlibat kerana Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang berada di bawah bidang kuasanya, telah meluluskan pemilihan tersebut.

“Maka tidaklah keterlaluan untuk mengatakan bahawa Menteri Pengangkutan dari DAP, secara tersirat mempunyai hubung kait dengan pemberian projek kepada suami seorang Menteri DAP lain tanpa melalui proses tender terbuka,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: