Tujuh kereta rosak dihempap pokok tumbang

Pokok tumbang menghempap tujuh buah kereta di Taman Kinrara pada Isnin.
Pokok tumbang menghempap tujuh buah kereta di Taman Kinrara pada Isnin.
A
A
A

PUCHONG - [DIKEMAS KINI] Sebanyak tujuh buah kereta di kawasan parkir di Taman Kinrara di sini rosak dihempap pokok susulan hujan lebat dan ribut, petang Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.24 petang.

Kerja-kerja untuk mengalihkan pokok tumbang sedang dijalankan.
Kerja-kerja untuk mengalihkan pokok tumbang sedang dijalankan.

"Seramai sembilan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong bersama jentera bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh lapan kilometer.

"Komander operasi melaporkan sebatang pokok tumbang telah menghempap tujuh buah kereta.

"Kerja-kerja untuk mengalihkan pokok tersebut sedang dijalankan, tiada mangsa terlibat dalam insiden tersebut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: