Sila log masuk terlebih dahulu.

Che’gu Bard fail rayuan perintah larangan bersuara

A
A
A
BERITA SEMASA 27 MEI 2024

Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Che’gu Bard, memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan, Putrajaya pada Khamis lalu, berhubung perintah larangan bersuara yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur dan Johor Bahru, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Che’gu Bard, 45, berkata, ia berhubung dua kes memfitnah dan menghasut, yang akan merosakkan nama Yang di-Pertuan Agong, (di Kuala Lumpur) serta satu kes menghasut berkaitan projek kasino di Forest City (Johor Bahru).

Artikel:

https://www.sinarharian.com.my/article/666908/berita/semasa/chegu-bard-fail-rayuan-perintah-larangan-bersuara

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #CheguBard #Bersatu