Fahmi jumpa pengendali platform media sosial di Singapura bulan depan

Fahmi (kanan) melihat pameran fotografi pada perasmian Pameran Hawana 2024. Foto Bernama
Fahmi (kanan) melihat pameran fotografi pada perasmian Pameran Hawana 2024. Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, kementerian itu akan mengadakan pertemuan dengan semua pengendali platform media sosial di Singapura bulan depan.

Beliau berkata, pertemuan itu dibuat susulan tindakan syarikat induk Facebook iaitu Meta Platforms yang menurunkan hantaran laporan berita oleh media di Malaysia mengenai pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Hasidah di Qatar pada 13 Mei lepas.

"Jadi pertemuan ini adalah bagi memberi penegasan mengenai beberapa perkara termasuk prinsip kebebasan media yang harus diberi kerjasama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 di sini pada Sabtu.

Fahmi berkata, tindakan Meta adalah tidak wajar kerana syarikat itu sepatutnya lebih cakna mengenai perkara tersebut.

"MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) juga telah menghantar surat kepada pihak Meta untuk mendapatkan penjelasan daripada mereka," katanya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: