Hubungan baik tidak cukup, kami mahu perubahan - Bersih

Kok Hin ketika berucap pada Kongres Bersih di Kuala Lumpur pada Sabtu.
Kok Hin ketika berucap pada Kongres Bersih di Kuala Lumpur pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tindakan kerajaan yang dilihat gagal melaksanakan agenda reformasi sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mengecewakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Pengarah Eksekutifnya, Ooi Kok Hin berkata, lebih menghampakan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dahulunya melaungkan reformasi tersebut seakan-akan tidak mengendahkan perkara yang pernah dijanjikan sebelum memegang jawatan utama kerajaan.

"Tindakan Anwar yang turun bertemu dan mendengar tuntutan Bersih harus dipuji, namun tidak cukup untuk menjamin reformasi pilihan raya akan dilakukan kerajaan pimpinannya.

"Hubungan yang baik, kata-kata manis sahaja tidak mencukupi buat masa ini.

"Kami mahu lihat tindakan dan pelaksanaan (reformasi pilihan raya)," katanya ketika berucap pada Kongres Bersih 2024 di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu beliau menegaskan, parti pemerintah yang berkuasa hari ini mempunyai maklumat serta pengetahuan tentang keperluan untuk melakukan perubahan seperti yang dituntut.

Malah Kok Hin berkata, kerajaan sepatutnya peka dengan setiap tuntutan pihaknya kerana pemimpin hari ini adalah mereka yang bersama gabungan itu sejak sekian lama.

"Mereka mempunyai maklumat yang cukup untuk lakukan perubahan yang dituntut.

Artikel Berkaitan:

“Jadi mereka tidak perlu diyakinkan (untuk membuat perubahan) lagi," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!