Empat guni ganja ditemui di persisiran pantai Kuala Perlis

Polis menemukan 123.4kg ketulan ganja bernilai RM382,540 di persisiran pantai Kuala Perlis. Foto Polis Perlis
Polis menemukan 123.4kg ketulan ganja bernilai RM382,540 di persisiran pantai Kuala Perlis. Foto Polis Perlis
A
A
A

KANGAR - Polis menemukan 123.4 kilogram (kg) ketulan ganja bernilai RM382,540 di persisiran pantai Kuala Perlis, Rabu lepas.

Timbalan Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Baderulhisham Baharudin dalam kenyataan berkata, terdahulu sepasukan pegawai dan anggota polis termasuk Unit Risik Marin Kedah Perlis mengesan empat guni putih tertera tulisan Thailand di kawasan itu pada 10.30 pagi.

"Bertindak atas maklumat, pemeriksaan telah dijalankan (dan) didapati di dalam guni tersebut mengandungi sejumlah ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja.

"Hasil pemantauan didapati tiada individu atau suspek yang berada di kawasan kejadian," katanya.

Baderulhisham berkata, jumlah dadah itu boleh digunakan 248,000 penagih, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"PDRM (Polis Diraja Malaysia) Perlis berharap masyarakat akan terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah yang berlaku di sekeliling mereka serta maklumat berkaitan bot disyaki milik Thailand," katanya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!