Sila log masuk terlebih dahulu.

'Saya tak pernah goda Ebit Lew' -Pengadu

A
A
A

BERITA SEMASA 24 MEI 2024

Pengadu dalam kes Ebit Lew memberitahu mahkamah bahawa dia tiada hubungan dengan pendakwah terbabit malah menegaskan bahawa dia tidak pernah terfikir untuk menggodanya, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.

Pengadu yang juga saksi pendakwaan kesembilan memberitahu mahkamah dalam keterangannya ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria dalam sesi pemeriksaan utama beliau.

Zahida meminta saksi menjelaskan apa hubungan saksi dengan Ebit Lew sepanjang tempoh 4 Mac hingga 11 Julai 2021.

Saksi menjelaskan, dia mencari Ebit Lew untuk tujuan menyelesaikan masalah kekeluargaannya selepas tertuduh menunjukkan bahawa dia mengambil berat apabila sering bertanyakan keadaan keluarga melalui aplikasi Whatapps.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/666444/berita/semasa/saya-tak-pernah-goda-ebit-lew--pengadu

Muzik: Elevate dari www.bensound.com