Polis sah terima laporan MC hilang

Laporan yang dimuat naik di laman Facebook Hospital Tangkak Official berhubung kehilangan sijil cuti sakit.
Laporan yang dimuat naik di laman Facebook Hospital Tangkak Official berhubung kehilangan sijil cuti sakit.
A
A
A

TANGKAK - Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan sijil cuti sakit (MC) dari Hospital Tangkak Johor sebagaimana yang tular di media sosial pada Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib, laporan berhubung kehilangan sijil sakit berkenaan diterima pada 11 Mei lalu.

Malah katanya, pihak polis telah membuat semakan mengenai perkara tersebut.

“Kita mengesahkan ada menerima laporan (MC hilang) pada 11 Mei 2024. Kita juga telah buat semakan berhubung perkara tersebut.

"Kita telah menyerahkan kes ini untu dirujuk kepada agensi lain seperti pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) selain untuk tindakan jabatan yang berkenaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Untuk rekod, notis pemakluman berhubung kehilangan sijil cuti sakit itu dimuat naik di laman Facebook ‘Hospital Tangkak Official’ pada awal pagi Jumaat.

Pada makluman tersebut, sijil cuti sakit (Perubatan 9 – Pin.15/93) dengan nombor siri HTGK F 896400.

Dalam masa sama, pihak hospital turut memaklumkan sijil cuti sakit bernombor HTGK F 8946400 adalah tidak sah untuk diguna pakai.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, pihak hospital berkenaan tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung kehilangan MC berkenaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!